Tuesday, June 30, 2009

Haruan Tasik Dijinakkan Oleh Raja Tenggiri

Pada jam 03.46 petang...Joran Lemax dan Kekili Penn milik Raja Tenggiri aka Sahadan telah di rentap ganas oleh mangsa yang menggelarkan dirinya Haruan Tasik. Menggunakan umpan hirisan sotong Jaya Gading, mangsa keadaan merentap tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Lebih kurang 49 minit berentap dengan mangsa barulah mangsa seberat 80 Lbs berjaya di naikan dengan jayanya.

Sunday, June 28, 2009

Expedisi memancing di Laut Cina selatan


Pada 27.06.2009 Lebih kurang jam 6.00 pagi waktu tempatan kami bertolak dari kuantan menuju ke jeti LKIM Kuala Pahang.Setibanya kami di sana lebih kurang jam 6.40 pagi kami terus menggankut barang-barang dan peralatan memancing kami ke dalam bot.Sebenarnya kami lewat tiba dari masa yang di jadualkan oleh sebab-sebab teknikal peserta-peserta.Ada yang tertinggal umpan,ada yang sakit perut,ada yang nak buang air,maklumlah ada di antara peserta-peserta yang seumur hidupnya belum pernah merasai hayunan gelombang Laut apatah lagi hayunan gelombang Laut Cina Selatan yang terkenal dengan gelombang yang paling GANAS di Malaysia semasa musim tengkujuh.Sementara kami menunggu peserta-paserta yang belum tiba kami sempat menghirup secawan teh tarik dan sebungkus nasi lemak di warung bersebelahan masjid.Setelah selesai bersarapan pagi kami terus ke jeti LKIM di mana terletaknya bot bernama TELIPOT 1 yang akan membawa kami menyusuri gelora Laut Cina Selatan.


Keadaan cuaca pada pagi itu bagaikan merestui Expedisi kami merentasi Laut Cina Selatan.Suasananya amat tenang dan damai sekali sesuai bagi mereka yang mahu menghilangkan tekanan setelah penat bekerja.Tak dapat kami gambarkan begitu indahnya pemandangan dan suasana alam di waktu pagi yang membuatkan kami amat terpegun dengan ciptaan yang maha ESA, ALLAH S.W.T.Kami sempat juga merakam gambar-gambar menarik buat tatapan semua dan bagi mereka yang mengemari hobi memancing.



Cukuplah dulu setakat ini.episod kami ditengah laut akan kami upload dalam masa yang terdekat.Terima kasih kepada peserta-peserta yang menjayakan Expedisi memancing di Laut Cina Selatan.PERHATIAN:untuk melihat gambar yang lebih jelas sila KLIK PADA GAMBAR tersebut.




Saturday, June 27, 2009

HUDUD:UNDANG-UNDANG YANG PALING RASIONAL

Hudud: Undang-undang yang paling rasional
Hudud: Undang-undang yang paling rasionalMohamed Hanipa MaidinMon Jan 12, 09 12:24:44 pm MYTDalam artikel yang lalu, saya menyatakan bahawa hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama tetapi juga dari sudut ilmiah. Dalam tulisan kali ini saya akan cuba menjawab serba sedikit persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan di dalam isu hudud ini. Persoalan pertama yang sering dibangkitkan adalah undang-undang hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Untuk tujuan perbincangan katakanlah kita terima bahawa hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya adakah apa sahaja undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah undang-undang yang tidak baik dan perlu diketepikan begitu sahaja?Jika benar sesuatu undang-undang itu benar-benar bercanggah dengan Perlembagaan, tidak bolehkah Perlembagaan tersebut dipinda bagi membolehkan undang-undang yang baik tersebut diluluskan dan seterusnya dilaksanakan.Adakah meminda peruntukkan dalam Perlembagaan adalah suatu jenayah atau 'dosa' yang besar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali. Bukankah selama ini Perlembagaan negara ini telah beberapa kali dipinda?Selanjutnya adakah semua undang-undang yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang yang baik dan tidak menzalimi rakyat? Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Polis, Akta Hasutan, Akta Penerbitan & Mesin Cetak, Akta Universiti dan Universiti Kolej (Auku); adalah contoh undang-undang yang digubal menurut peruntukan Perlembagaan dan sehingga kini diputuskan oleh Mahkamah, undang-undang tersebut adalah selaras dengan Perlembagaan.menzalimi rakyatTetapi siapa yang boleh menafikan akta-akta tersebut, meskipun selaras dengan Perlembagaan, adalah undang-undang yang zalim dan telah terbukti menzalimi rakyat yang tidak berdosa.Sehingga kini suara-suara yang meminta undang-undang tersebut sama ada dipinda atau dimansuhkan masih terus berkumandang. Meskipun undang-undang tersebut selaras dengan Perlembagaan kenapakah ianya diminta untuk dipinda atau dimansuhkan?Dalam konteks undang-undang hudud adilkah untuk kita meminta undang-undang Allah tersebut dipinda bagi membolehkan ianya selaras dengan Perlembagaan? Sudah tentu alternatif terbaik, jika ianya bercanggah dengan Perlembagaan maka sewajarnya Perlembagaan itu sendiri yang harus dipinda.Mungkin ada yang berhujah adalah sukar untuk kita meminda Perlembagaan Persekutuan? Apa yang lebih susah dari meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan apabila ianya menyentuh isu imuniti Raja. Bukan sahaja pindaan tersebut memerlukan dua pertiga tetapi ia juga perlu persetujuan Majlis Raja-Raja. Tetapi, seperti yang kita maklum, pindaan tersebut berjaya dilakukan meskipun sukar.Hujah yang saya berikan di atas bertolak dari andaian bahawa undang-undang hudud bercanggah dengan Perlembagaan. Namun perlu saya nyatakan di sini ada juga dari kalangan ahli undang-undang yang berpendapat undang-undang hudud tidak bercanggah dengan Perlembagaan.Senarai NegeriAntara lain hujah yang dikemukakan oleh ahli undang-undang ini adalah bidang kuasa kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang sepertimana yang dinyatakan di dalam Senarai Negeri (State list) di Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan adalah termasuk menggubal undang-undang Islam (Islamic law) dan perkataan undang-undang Islam di dalam Senarai Negeri tersebut hendaklah ditafsirkan secara luas sepertimana yang difahami oleh Islam.Persoalan kedua yang juga sering ditimbulkan adalah undang-undang hudud terlalu keras (harsh) dan ianya menakutkan orang bukan Islam. Undang-undang memotong tangan pencuri dan merejam penzina dianggap undang-undang yang tidak bertamadun dan ketinggalan zaman.Pertamanya persoalan orang bukan Islam. Jika dilihat kepada Enakmen Hudud yang digubal di Kelantan dan Terengganu, adalah jelas ianya tidak terpakai kepada orang-orang bukan Islam. Oleh itu kebimbangan orang-orang bukan Islam tidak berasas.Selanjutnya isu sama ada sesuatu undang-undang itu keras, tidak bertamadun atau ketinggalan zaman adalah persoalan persepsi. Kita lihat undang-undang yang mengenakan hukum mati (death penalty) sendiri, sehingga kini ianya menjadi bahan perbahasan. Ada yang menyatakan ianya adalah undang-undang yang keras, tidak bertamadun dan ketinggalan zaman kerana ianya bercanggah dengan hak asasi manusia.Memandangkan persepsi masyarakat berbeza, ada negara yang meneruskan hukum mati dan ada negara yang tidak. Hatta bagi negara yang mengekalkan hukum mati mereka juga tidak sepakat tentang kaedah untuk melaksanakan undang-undang hukum mati tersebut.menyuntik racunAda yang setuju dengan kaedah menggantung penjenayah. Ada pula yang setuju ianya dilaksanakan dengan cara menembak penjenayah dan ada pula yang setuju ianya dilaksanakan dengan cara menyuntik racun atau menggunakan bilik gas beracun. Bagi yang memilih untuk menggantung, mereka berpendapat hukuman tembak adalah terlalu keras dan tidak bertamadun dan begitulah sebaliknya.Hatta ada juga para sarjana undang-undang yang berhujah undang-undang memenjarakan penjenayah juga bukan sahaja zalim tetapi juga tidak berkesan mengurangkan kadar jenayah. Ini kerana hukuman penjara bukan sahaja menghukum penjenayah yang melakukan jenayah tetapi juga ianya menghukum orang lain yang tidak terlibat dengan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah tersebut.Sebagai contoh jika seorang pencuri dipenjarakan, ianya bukan sahaja menghukum pencuri tetapi juga menghukum isteri dan anak-anaknya kerana mereka dengan secara paksa dipisahkan dari suami dan bapa mereka. Ia juga menghukum pembayar cukai yang terpaksa menanggung makan dan minum si pencuri tersebut di penjara. Tidakkah ini zalim?Negara kita mengenakan hukuman penjara ke atas pencuri namun secara jujur adakah undang-undang tersebut telah berjaya mengurangkan kadar jenayah kecurian dalam negara ini? Pada masa kini kecurian juga boleh berlaku di dalam balai polis sendiri - tempat yang sepatutnya paling selamat!Selanjutnya jika kita mempelajari falsafah, prinsip dan teori hukuman (sentencing) kita tentu biasa dengan istilah pencegahan (deterrence). Tujuan hukuman antara lain adalah untuk mencegah. Hukuman potong tangan sebagai contoh memenuhi kriteria pencegahan kerana ianya bukan sahaja menakutkan pencuri tetapi juga orang-orang yang mungkin ada niat mencuri.pengaibanHukuman tersebut juga satu bentuk pengaiban (humiliation) yang paling baik kepada penjenayah. Tangan kudung sejak dari lahir atau tangan kudung kerana dipotong oleh doktor atas alasan kesihatan sudah tentu tidak sama aibnya dengan tangan kudung kerana menjalani hukuman kerana mencuri.Seperkara lagi yang perlu kita faham meskipun hukum hudud secara relatifnya mengandungi hukuman yang agak keras ianya juga dalam masa yang sama menuntut satu kaedah pembuktian yang paling ketat (rigid). Dalam bahasa undang-undang, jenayah hudud menuntut satu standard pembuktian (standard of proof) yang lebih tinggi dari undang-undang jenayah yang diamalkan sekarang.Standard pembuktian jenayah hudud adalah melampaui segala keraguan (beyond any shadow of doubt) sedangkan undang-undnag jenayah yang sedia ada hanya mengenakan standard pembuktian 'melampaui keraguan munasabah' sahaja (beyond reasonable doubt). Jadi undang-undang manakah yang lebih melindungi hak orang yang dituduh?- tajdid_ Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT di 8:17:00 PM

Thursday, June 25, 2009

LUASNYA NERAKA ALLAH

LUASNYA NERAKA ALLAHLuasnya NerakaYazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepadaNabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubahmukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubahmuka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruhsupaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang ygmengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa amandari padanya."Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selamaseribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehinggaputih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidakpernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar pendudukdunia semuanya kerana panasnya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli nerakaitu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumikerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itudiletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ketujuh.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barattersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur keranasangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, danminumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yangtertentu dari orang laki-laki dan perempuan."Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumahkami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah darilainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintulebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebihbawah lebih panas)Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, danorang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempatorang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'inbernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enamtempat orang nasara bernama Sa'eir."Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampaimati belum sempat bertaubat."Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehinggaJibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadarkembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besarkerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akanmasuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dariummatmu."Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudiankembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalumenangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi YgLalai")Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautanracun yang hitam pekat.10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikatMudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua'lam.Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkandari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk.Dari Abdullah bin 'Amr R.A,Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat

Wednesday, June 24, 2009

AL-QURAN SEBAGAI PENYEMBUH PENYAKIT

TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI PENYEMBUHArtikel sempena Bulan Al-Quranmenjelang MTQ2000 Peringkat Kebangsaanyang akan diadakan di Sabah.Oleh : Azhari(s)
MUKADDIMAH:Firman Allah SWT yang bermaksudnya: " Dan Kami turunkan dari AlQuran itu sesuatu yang menjadi
penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82)Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, yang berkuasa menyakitkanatau menurunkan penyakit sebagai ujian terhadap tahap keimanan manusia ataupun sebagai'Bala' balasan kepada mereka yang melanggar batas-batas ketentuanNya. Maha Adil Allahyang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani sekelian makhluk ciptaannya, yang menyediakanubat dan penawar terhadap segala penyakit yang menimpa makhluk ciptaanNya itu. MahaPenyayang Allah yang bukan sahaja menyediakan penawar dan ubat kepada segala jenispenyakit, bahkan memberikan pertunjuk yang jelas jalan mana yang harus dilalui sekelianmakhluk demi menjamin kesejahteraan dan kebahgiaan mereka, disamping pertunjuk yangjelas jalan mana yang wajib ditinggalkan demi mengelak, menghindar, mencegah danmenjauhkan mereka dari terjerumus ke arah kebinasaan.Bahkan kasih sayang Allah itu melebihi kasih sayang makhluk terhadap sesama makhluk,bahkan melampaui kecintaan dan kasih sayang makhluk kepadaNya. Ini terbukti denganpengutusan para Rasul dan Nabi yang ditugaskan untuk membimbing manusia supaya hanyaberjalan di atas jalan yang lurus. Kasih sayang Allah itu terbukti bila Allah menyuruh paraRasul untuk menyampaikan berita "khabar gembira"(berupa pahala, kebaikan, kebajikan danbalasan syurga) kepada mereka yang mengikut jalan yang lurus, serta berita "peringatan,amaran dan ancaman"(berupa dosa, keburukan, kesengsaraan dan seksaan azab api neraka) kepada mereka yang terpesong atau tergelincir dari jalan yang lurus.Balasan baik yang dijanjikan kepada mereka yang (bersyukur) mengikut pertunjuk AllahSWT bukan sahaja bakal dinikmati di syurga setelah kiamat berlaku dan selesainya hisabnanti, bahkan nikmat-nikmat tersebut dapat dikecapi oleh mereka ini semasa mereka hidup didunia ini dengan limpahan rezkei halal yang mewah, anak-pinak yang 'soleh' sejuk matamemandang dan berbagai-bagai nikmat lagi. Demikian juga (sebaliknya) dengan balasan yangdijanjikan kepada mereka yang (ingkar) enggan mengikut pertunjuk Allah SWT. Semua inimembuktikan bahawa Allah SWT itu Maha Pengasih, Maha Penyayang seterusnya bersifatdengan setinggi-tinggi sifat keagongan dan kemuliaan. Ini juga membuktikan bahawa AllahSWT itu Maha Adil, sekali-kali tidak menzalimi sekelian 'alam', melainkan makhlukNya itusendirilah yang menginaya atau menzalimi diri mereka sendiri.DEFINISI PENYAKIT Penyakit adalah suatu yang mendatangkan 'masalah' pada jasmani, rohani dan mental..Masalah yang dimaksudkan berkait-rapat dengan perasaan, naluri dan keseimbangan antarajasmani, rohani dan mental. Jasad yang berpanyakit samada bahagian luaran mahupunbahagian dalaman berkait-rapat dengan permakanan. Manakala rohani yang sakit ada kaitandengan masalah pengisian jiwa dengan maklumat, ilmu dan perkara-perkara yang berhubungdengan kesihatan hati atau "qalb". Sedangkan mental yang berpenyakit berpunca dari tekananperasaan yang tinggi samada dari pengaruh luaran mahupun pengaruh yang bersifat dalaman.
AL-QURAN DAN PENGUBATANSecara kasar Al-Quran memberi panduan asas yang berguna dalam menghadapi danmengubati berbagai jenis penyakit. Al-Quran lebih mementingkan pencegahan datangnyapenyakit berbanding dengan cara merawat dan menyembuhkan penyakit. Penekananterhadap pencegahan ini ada kaitan dengan pelaksanaan perkara-perkara yang wajib,samada yang terkandung dalam "Rukun Islam" yang lima itu mahupun yang terdapat dalam"Rukun Iman" yang enam itu. Disamping itu ketentuan hukum yang digariskan oleh ajaran atauhukum Islam yang "sembilan" iaitu, halal, haram, wajib, sunat, makruh, mubah, harus,demikian juga hukum sah dan batal kepada syariat Islam itu sendiri, adalah sebagai"guideline" yang dijadikan perisai dan pencegahan dari timbulnya berbagai penyakit.Maknanya, sejauh mana manusia itu dapat melaksanakan segala perintahNya danmeninggalkan segala laranganNya, maka sejauh itu pula seseorang itu akan terhindar darisebarang penyakit, tak kira penyakit jasmani, rohani mahupun mental (jiwa). Melaksanakanperintah Allah SWT dengan mengikut segala rukun dan syaratnya bukan sahaja bakal diberiganjaran pahala oleh Allah SWT dan akan dimasukkan ke dalam syurga di akhirat nanti,bahkan mereka yang melaksanakannya dengan ikhlas akan dipelihara oleh Allah SWT darisebarang penyakit, khasnya penyakit yang dianggap kronik, sebagai rahmat dari Allah SWTterhadap mereka yang taat kepada perintahNya. Sebagai contoh dalam melaksanakan suruhan Allah SWT: Seperit ibadat "Solah". Orang-orang yang beriman yang mendirikan solah dipelihara oleh Allah dari perbuatan keji danmungkar. Firman Allah SWT:Yang bermaksud: "Bahawa senya solah (sembahyang) itu (berupaya) mencegah (yangmendirikannya) dari melakukan perkara yang keji dan mungkar".Orang yang solahnya gagal memelihara dirinya dari terjebak dengan perbuatan keji danmungkar perlu menyemak solahnya dari segala sudut untuk mempastikan solahnya bolehditerima di sisi Allah SWT seterusnya solahnya itu dapat menyelamatkan dirinya dariperbuatan keji dan mungkar yang mengundang berbagai penyakit. Sebagai contoh dalam menjauhkan diri dari larangan Allah SWT: Seperti perbuatan "Zina".Firman Allah SWT:Maksudnya: "Janganlah kamu mendekati zina bahawa sesungguhnya ia (zina) adalahkejahatan dan keji perjalanannya".Oleh kerana penyakit yang bakal diidap dan dideritai oleh mereka yang berzina itu tersangatpedih, pedih jasmani, rohani dan mentalnya, maka pencegahan yang dianjurkan Al-Quranbermula dari larangan mendekatinya. Mendekati zina disini bolehlah dianggap bermula darimain kenyit-kenyit mata atau menggunakan isyarat-isyarat yang dikategorikan sebagaiperbuatan cuba"mengorat". Kalau larangan ini dapat dipatuhi sudah tentu penyakit yangdigelar mukaddimah zina ia itu penyakit "angau" yang disebut juga sebagai "gejala sosial" akandapat dielakkan. Kalau dikira, penyakit angau sahaja sudah menyebabkan pengidapnya taklalu makan dan tak lena tidur yang boleh mengundang berbagai penyakit, apatah lagi jikaterlanjur lebih jauh dari itu. Kita sering mendengar kisah mereka yang mengidap penyakitangau ini boleh menyebabkannya sekurang-kurangnya kurus kering kerana makan hatiberulam jantung dan yang paling hebat sampai membunuh diri. Perkara membunuh diri akibatserangan penyakit angau ini membuktikan bahawa pesakit mengidap sakit mental yang serius.Contoh larangan yang berkaitan dengan pemeliharaan dan penjagaan kesihatan hati atau"qalb": Antara yang disenaraikan sebagai penyakit hati yang paling popular ialah: Hasad, riak,ujub dan takabbur.
Sebagai (satu) contoh sila teliti maksud firman Allah dalam surah Al-Maa'uun.Sifat-sifat (penyakit hati) ini bukan sahaja akan menyebabkan pahala yang bakal diperolehiboleh hangus dan batal kerana hatinya berpenyakit (penyakit rohani) bahkan mereka yangbersifat dengan sifat-sifat tersebut mengalami berbagai penyakit lain yang ada kaitan denganjasmani dan mental apatah lagi rohani.Apa yang dikatakan sebentar (di atas) tadi, jelas menunjukkan bahawa Al-Quranmengutamakan agenda "cegah sebelum terjadi/berlaku". Dengan penjelasan serba sedikitresiko yang bakal ditanggung oleh mereka yang engkar perintah Allah SWT itu, bagaimanasakit yang harus dirasai di dunia ini, dan di akhirat maka lebih-lebihlah lagi dengan azab yangpedih, jelas membuktikan peranan Al-Quran dalam menangani segala penyakit adalahmerupakan agenda menyelamatkan umat manusia itu sendiri dari kebinasaan. Kenyataan inijuga sekaligus menyanggah pendapat "cegah sebelum parah" yang terbukti memberikankelonggaran kepada pelaku untuk bukan sahaja mendekati zina bahkan mencuba zina itusendiri, dengan mengesyorkan penggunaan kondom dan sebagainya.AL-QURAN SEBAGAI PENYEMBUHTerdapat banyak hadis Nabi yang menyebutkan akan kelebihan ayat-ayat atau surah-surahtertentu yang kalau dibaca, diamal atau ditiupkan sebagai "Jampi" kepada mereka yangmengidap penyakit tertentu akan dapat menyembuhkannya dengan izin Allah SWT. Islamjuga mengajarkan bahawa segala jenis ubat yang diambil untuk satu-satu penyakit hanyalahberfungsi sebagai bahan rawatan yang diklasifikasikan sebagai usaha ke arah meringankanbeban derita pesakit, pendek kata bukan sebagai penyembuh. Umat Islam ditanamkankeyakinan bahawa yang menyembuhkan itu hanya Allah SWT semata-mata, manakala yanglain dari aneka jenis dan jenama ubat-ubatan hanyalah usaha merawat untuk meringankanpenderitaan yang ditanggung pesakit yang juga tidak akan membawa apa-apa kesanmelainkan dengan izin Allah SWT.Keterangan lanjut mengenai kaedah dan cara pengobatan cara Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis boleh didapati dari kitab yang berjudul "Tibbun Nabawi" oleh : Dr. AliMu'nis atau yang telah dialih bahasa oleh : M. Thoha Anwar dengan judul : "Pengubatan CaraNabi".PENUTUPSesungguhnyalah Al-Quran itu mukjizat yang paling unggul, bahkan keunggulannya bukansahaja sebagai pedoman, panduan dan ikutan sekaligus ia tetap releven untuk setiap zamandan segenap tempat. Keunggulannya juga diiktiraf oleh seluruh masyarakat dunia yangberbilang kaum, bangsa dan agama.Walau bagaimanapun ini semua hanya dapat dinikmati oleh mereka yang bergelar mukmin.Seperti apa yang dimaksudkan dari firman Allah SWT surah Al-Israa ayat 82, yangdicatatkan di awal-awal tulisan ini. Maknanya Al-Quran itu hanya akan berfungsi sebagaipenyembuh kepada sebarang penyakit yang diidap oleh orang-orang yang beriman (mukmin)sebagai rahmat (belas kasihan/kasih sayang) Allah SWT kepada mereka kerana ketaatanmereka terhadap segala perintah Allah SWT. Ini juga membawa maksud, bahawa manusiayang berada di bawah taraf mukmin tidak layak menikmatinya. Pendek kata semakin tinggitahap kemukminan seseorang itu maka semakin tinggilah pula fungsi Al-Quran sebagaipenyembuh itu kepada dirinya diikuti dengan semakin tingginya rahmat Allah SWT yang akanditerimanya. Mereka yang hanya setakat bergelar muslim semata-mata dikira tidak layakmenerimanya, apatah lagi yang lebih rendah dari itu.
Jadi kalau diri kita yang mengaku sebagai umat Rasulullah SAW ini merasa tidak dapatmenikmati fungsi Al-Quran sebagai penyembuh terhadap penyakit-penyakit yang kita idapkini, maknanya tahap keimanan atau kepercayaan kita masih belum sampai ketahap merekayang bergelar mukmin. Oleh itu usaha ke arah mencapai martabat atau 'maqam' yang lebihtinggi seperti mukminin, solehin, syakirin dan muttaqin mestilah sentiasa dipertingkatkan darimasa kesemasa.Wallahu a'alaam!AZHARI(S)28JULAI2000
Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga. DI AMBIL DARI BLOG KELUARGA AMBUYAT

Sunday, June 21, 2009

Gambar-gambar yang diambil dari Sky Way Genting Highland














































Yang ni gambar-gambar yang sempat di ambil dari Sky Way yang kami naik dari bandar Goh Tong Jaya ke puncak Genting.masa yang di ambil sampai ke puncak genting ialah lebih kurang 15 minit.masa Sky Way operasi sampai pukul 11.00
malam.disini pun ada kameramen disediakan oleh pengurusan Sky Way.bayaranya pula 2 keping gambar RM50.tangkap gambar kat goh tong jaya kita sampai je puncak genting gambar kita dah siap dia orang pamer kat pintu masuk.dia tak paksa,siapa yang nak beli je,yang tak nak beli mungkin dia buang kut.perhatian:untuk melihat gambar ini lebih besar klip je kat gambar yang nak tengok.

Percutian ke genting highland



PUTERI KESAYANGAN KAMI NUR AIN ZULAIKHA



Apabila tiba di sana anda dinasihatkan membawa bekalan makanan sendiri untuk ke puncak genting makanan yang ada semua mahal2 belaka,bagi yang banyak duit itu semua tak jadi masalah,bagi yang kurang bajet eloklah bawa makanan yang dibeli dari bandar Goh tong jaya kat pertengahan puncak sana,makananya tak la mahal sangat.kalau kat puncak Genting Air minerel botol kecil yang 500ml berhaga RM3.60 satu botol.nasi ayam harganya RM12.00 satu pinggan.ini adalah sebagai pengetahuan untuk semua bagi mereka yang teringin melancong ke puncak genting highland.tepuk dada tanya poket anda.

Permainan Outdoor Di Genting Highland











ni ada lagi kami upload gambar-gambar menarik kat genting highland.Gambar2 ni semua adalah dikawasan outdoor.untuk pengetahuan semua kat genting highland terdapat 2 ketogori permainan iaitu indoor dan outdoor.kat outdoor semua permainan yang mencabar dan indoor pula sesuai untuk kanak2 dan bagi orang perempuan.bayaran pula berbeza-beza mengikut permainan.untuk menjimatkan kos,bayar RM26 untuk satu kepala kita dapat main semua permainan yang ada dalam indoor.

Saturday, June 20, 2009

Gambar-gambar yang sempat kami rakam semasa.

ini gambar hari kedua kami di sana








Percutian ke Genting Highland














  1. Pada 17hb jun 2009 saya dan keluarga telah pergi bercuti ke genting highland.kami bertolak dari kuantan pada jam 10 pagi dan sampai ke hotel genting view lebih kurang pukul 1.00 tengahari.kat genting view kami sewa 2 bilik,satu bilik sewanya murah je tak mahal sangat cuma RM125.00.Tiba di hotel kami makan tengahari,pas tu mandi, sembahyang dan terus bersiap untuk ke puncak genting.sampai kepuncak genting tempat pertama kami lawati ialah Snow world.tiket masuk ke snow world RM17.00 seorang.kat dalam snow world pakaian baju sejuk,kasut,sarung tangan di sediakan.suasana kat dalam sana amat sejuk sekali sehingga mencecah -4 darjah celsius,sapa-sapa yang nak bergambar untuk kenang-kenangan bolehlah bergambar.kat snow world kemeramen disediakan oleh tempat tersebut.kemera persendirian tak boleh dibawa masuk tapi ada juga yang bergambar pakai handphone.bayaran untuk 4 keping gambar ialah RM60.kami sempat juga bergambar kat sana.sebagai ingatan sesiapa yang ingin kesana bawa sekali penutup telinga atau pun penutup kepala sebab cuaca kat dalam sana amat sejuk.tempoh masa yang di beri kat dalam sana lebih kurang 45 minit tapi kami tak sampai pun setengah jam dah tak tahan sebab terlampau sejuk.