Wednesday, June 24, 2009

AL-QURAN SEBAGAI PENYEMBUH PENYAKIT

TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI PENYEMBUHArtikel sempena Bulan Al-Quranmenjelang MTQ2000 Peringkat Kebangsaanyang akan diadakan di Sabah.Oleh : Azhari(s)
MUKADDIMAH:Firman Allah SWT yang bermaksudnya: " Dan Kami turunkan dari AlQuran itu sesuatu yang menjadi
penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82)Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, yang berkuasa menyakitkanatau menurunkan penyakit sebagai ujian terhadap tahap keimanan manusia ataupun sebagai'Bala' balasan kepada mereka yang melanggar batas-batas ketentuanNya. Maha Adil Allahyang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani sekelian makhluk ciptaannya, yang menyediakanubat dan penawar terhadap segala penyakit yang menimpa makhluk ciptaanNya itu. MahaPenyayang Allah yang bukan sahaja menyediakan penawar dan ubat kepada segala jenispenyakit, bahkan memberikan pertunjuk yang jelas jalan mana yang harus dilalui sekelianmakhluk demi menjamin kesejahteraan dan kebahgiaan mereka, disamping pertunjuk yangjelas jalan mana yang wajib ditinggalkan demi mengelak, menghindar, mencegah danmenjauhkan mereka dari terjerumus ke arah kebinasaan.Bahkan kasih sayang Allah itu melebihi kasih sayang makhluk terhadap sesama makhluk,bahkan melampaui kecintaan dan kasih sayang makhluk kepadaNya. Ini terbukti denganpengutusan para Rasul dan Nabi yang ditugaskan untuk membimbing manusia supaya hanyaberjalan di atas jalan yang lurus. Kasih sayang Allah itu terbukti bila Allah menyuruh paraRasul untuk menyampaikan berita "khabar gembira"(berupa pahala, kebaikan, kebajikan danbalasan syurga) kepada mereka yang mengikut jalan yang lurus, serta berita "peringatan,amaran dan ancaman"(berupa dosa, keburukan, kesengsaraan dan seksaan azab api neraka) kepada mereka yang terpesong atau tergelincir dari jalan yang lurus.Balasan baik yang dijanjikan kepada mereka yang (bersyukur) mengikut pertunjuk AllahSWT bukan sahaja bakal dinikmati di syurga setelah kiamat berlaku dan selesainya hisabnanti, bahkan nikmat-nikmat tersebut dapat dikecapi oleh mereka ini semasa mereka hidup didunia ini dengan limpahan rezkei halal yang mewah, anak-pinak yang 'soleh' sejuk matamemandang dan berbagai-bagai nikmat lagi. Demikian juga (sebaliknya) dengan balasan yangdijanjikan kepada mereka yang (ingkar) enggan mengikut pertunjuk Allah SWT. Semua inimembuktikan bahawa Allah SWT itu Maha Pengasih, Maha Penyayang seterusnya bersifatdengan setinggi-tinggi sifat keagongan dan kemuliaan. Ini juga membuktikan bahawa AllahSWT itu Maha Adil, sekali-kali tidak menzalimi sekelian 'alam', melainkan makhlukNya itusendirilah yang menginaya atau menzalimi diri mereka sendiri.DEFINISI PENYAKIT Penyakit adalah suatu yang mendatangkan 'masalah' pada jasmani, rohani dan mental..Masalah yang dimaksudkan berkait-rapat dengan perasaan, naluri dan keseimbangan antarajasmani, rohani dan mental. Jasad yang berpanyakit samada bahagian luaran mahupunbahagian dalaman berkait-rapat dengan permakanan. Manakala rohani yang sakit ada kaitandengan masalah pengisian jiwa dengan maklumat, ilmu dan perkara-perkara yang berhubungdengan kesihatan hati atau "qalb". Sedangkan mental yang berpenyakit berpunca dari tekananperasaan yang tinggi samada dari pengaruh luaran mahupun pengaruh yang bersifat dalaman.
AL-QURAN DAN PENGUBATANSecara kasar Al-Quran memberi panduan asas yang berguna dalam menghadapi danmengubati berbagai jenis penyakit. Al-Quran lebih mementingkan pencegahan datangnyapenyakit berbanding dengan cara merawat dan menyembuhkan penyakit. Penekananterhadap pencegahan ini ada kaitan dengan pelaksanaan perkara-perkara yang wajib,samada yang terkandung dalam "Rukun Islam" yang lima itu mahupun yang terdapat dalam"Rukun Iman" yang enam itu. Disamping itu ketentuan hukum yang digariskan oleh ajaran atauhukum Islam yang "sembilan" iaitu, halal, haram, wajib, sunat, makruh, mubah, harus,demikian juga hukum sah dan batal kepada syariat Islam itu sendiri, adalah sebagai"guideline" yang dijadikan perisai dan pencegahan dari timbulnya berbagai penyakit.Maknanya, sejauh mana manusia itu dapat melaksanakan segala perintahNya danmeninggalkan segala laranganNya, maka sejauh itu pula seseorang itu akan terhindar darisebarang penyakit, tak kira penyakit jasmani, rohani mahupun mental (jiwa). Melaksanakanperintah Allah SWT dengan mengikut segala rukun dan syaratnya bukan sahaja bakal diberiganjaran pahala oleh Allah SWT dan akan dimasukkan ke dalam syurga di akhirat nanti,bahkan mereka yang melaksanakannya dengan ikhlas akan dipelihara oleh Allah SWT darisebarang penyakit, khasnya penyakit yang dianggap kronik, sebagai rahmat dari Allah SWTterhadap mereka yang taat kepada perintahNya. Sebagai contoh dalam melaksanakan suruhan Allah SWT: Seperit ibadat "Solah". Orang-orang yang beriman yang mendirikan solah dipelihara oleh Allah dari perbuatan keji danmungkar. Firman Allah SWT:Yang bermaksud: "Bahawa senya solah (sembahyang) itu (berupaya) mencegah (yangmendirikannya) dari melakukan perkara yang keji dan mungkar".Orang yang solahnya gagal memelihara dirinya dari terjebak dengan perbuatan keji danmungkar perlu menyemak solahnya dari segala sudut untuk mempastikan solahnya bolehditerima di sisi Allah SWT seterusnya solahnya itu dapat menyelamatkan dirinya dariperbuatan keji dan mungkar yang mengundang berbagai penyakit. Sebagai contoh dalam menjauhkan diri dari larangan Allah SWT: Seperti perbuatan "Zina".Firman Allah SWT:Maksudnya: "Janganlah kamu mendekati zina bahawa sesungguhnya ia (zina) adalahkejahatan dan keji perjalanannya".Oleh kerana penyakit yang bakal diidap dan dideritai oleh mereka yang berzina itu tersangatpedih, pedih jasmani, rohani dan mentalnya, maka pencegahan yang dianjurkan Al-Quranbermula dari larangan mendekatinya. Mendekati zina disini bolehlah dianggap bermula darimain kenyit-kenyit mata atau menggunakan isyarat-isyarat yang dikategorikan sebagaiperbuatan cuba"mengorat". Kalau larangan ini dapat dipatuhi sudah tentu penyakit yangdigelar mukaddimah zina ia itu penyakit "angau" yang disebut juga sebagai "gejala sosial" akandapat dielakkan. Kalau dikira, penyakit angau sahaja sudah menyebabkan pengidapnya taklalu makan dan tak lena tidur yang boleh mengundang berbagai penyakit, apatah lagi jikaterlanjur lebih jauh dari itu. Kita sering mendengar kisah mereka yang mengidap penyakitangau ini boleh menyebabkannya sekurang-kurangnya kurus kering kerana makan hatiberulam jantung dan yang paling hebat sampai membunuh diri. Perkara membunuh diri akibatserangan penyakit angau ini membuktikan bahawa pesakit mengidap sakit mental yang serius.Contoh larangan yang berkaitan dengan pemeliharaan dan penjagaan kesihatan hati atau"qalb": Antara yang disenaraikan sebagai penyakit hati yang paling popular ialah: Hasad, riak,ujub dan takabbur.
Sebagai (satu) contoh sila teliti maksud firman Allah dalam surah Al-Maa'uun.Sifat-sifat (penyakit hati) ini bukan sahaja akan menyebabkan pahala yang bakal diperolehiboleh hangus dan batal kerana hatinya berpenyakit (penyakit rohani) bahkan mereka yangbersifat dengan sifat-sifat tersebut mengalami berbagai penyakit lain yang ada kaitan denganjasmani dan mental apatah lagi rohani.Apa yang dikatakan sebentar (di atas) tadi, jelas menunjukkan bahawa Al-Quranmengutamakan agenda "cegah sebelum terjadi/berlaku". Dengan penjelasan serba sedikitresiko yang bakal ditanggung oleh mereka yang engkar perintah Allah SWT itu, bagaimanasakit yang harus dirasai di dunia ini, dan di akhirat maka lebih-lebihlah lagi dengan azab yangpedih, jelas membuktikan peranan Al-Quran dalam menangani segala penyakit adalahmerupakan agenda menyelamatkan umat manusia itu sendiri dari kebinasaan. Kenyataan inijuga sekaligus menyanggah pendapat "cegah sebelum parah" yang terbukti memberikankelonggaran kepada pelaku untuk bukan sahaja mendekati zina bahkan mencuba zina itusendiri, dengan mengesyorkan penggunaan kondom dan sebagainya.AL-QURAN SEBAGAI PENYEMBUHTerdapat banyak hadis Nabi yang menyebutkan akan kelebihan ayat-ayat atau surah-surahtertentu yang kalau dibaca, diamal atau ditiupkan sebagai "Jampi" kepada mereka yangmengidap penyakit tertentu akan dapat menyembuhkannya dengan izin Allah SWT. Islamjuga mengajarkan bahawa segala jenis ubat yang diambil untuk satu-satu penyakit hanyalahberfungsi sebagai bahan rawatan yang diklasifikasikan sebagai usaha ke arah meringankanbeban derita pesakit, pendek kata bukan sebagai penyembuh. Umat Islam ditanamkankeyakinan bahawa yang menyembuhkan itu hanya Allah SWT semata-mata, manakala yanglain dari aneka jenis dan jenama ubat-ubatan hanyalah usaha merawat untuk meringankanpenderitaan yang ditanggung pesakit yang juga tidak akan membawa apa-apa kesanmelainkan dengan izin Allah SWT.Keterangan lanjut mengenai kaedah dan cara pengobatan cara Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis boleh didapati dari kitab yang berjudul "Tibbun Nabawi" oleh : Dr. AliMu'nis atau yang telah dialih bahasa oleh : M. Thoha Anwar dengan judul : "Pengubatan CaraNabi".PENUTUPSesungguhnyalah Al-Quran itu mukjizat yang paling unggul, bahkan keunggulannya bukansahaja sebagai pedoman, panduan dan ikutan sekaligus ia tetap releven untuk setiap zamandan segenap tempat. Keunggulannya juga diiktiraf oleh seluruh masyarakat dunia yangberbilang kaum, bangsa dan agama.Walau bagaimanapun ini semua hanya dapat dinikmati oleh mereka yang bergelar mukmin.Seperti apa yang dimaksudkan dari firman Allah SWT surah Al-Israa ayat 82, yangdicatatkan di awal-awal tulisan ini. Maknanya Al-Quran itu hanya akan berfungsi sebagaipenyembuh kepada sebarang penyakit yang diidap oleh orang-orang yang beriman (mukmin)sebagai rahmat (belas kasihan/kasih sayang) Allah SWT kepada mereka kerana ketaatanmereka terhadap segala perintah Allah SWT. Ini juga membawa maksud, bahawa manusiayang berada di bawah taraf mukmin tidak layak menikmatinya. Pendek kata semakin tinggitahap kemukminan seseorang itu maka semakin tinggilah pula fungsi Al-Quran sebagaipenyembuh itu kepada dirinya diikuti dengan semakin tingginya rahmat Allah SWT yang akanditerimanya. Mereka yang hanya setakat bergelar muslim semata-mata dikira tidak layakmenerimanya, apatah lagi yang lebih rendah dari itu.
Jadi kalau diri kita yang mengaku sebagai umat Rasulullah SAW ini merasa tidak dapatmenikmati fungsi Al-Quran sebagai penyembuh terhadap penyakit-penyakit yang kita idapkini, maknanya tahap keimanan atau kepercayaan kita masih belum sampai ketahap merekayang bergelar mukmin. Oleh itu usaha ke arah mencapai martabat atau 'maqam' yang lebihtinggi seperti mukminin, solehin, syakirin dan muttaqin mestilah sentiasa dipertingkatkan darimasa kesemasa.Wallahu a'alaam!AZHARI(S)28JULAI2000
Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT

No comments:

Post a Comment